Carta Organisasi
PRESIDEN
Bertanggungjawab sebagai ketua bagi malaksanakan pentadbiran, penyusunan, dan perancangan program-program bagi mencapai matlamat dan wawasan MPP.
Berkuasa mamberi kata putus untuk pengesahan bagi semua aktiviti di bawah naungan MPP.
Bertanggungjawab ke atas semua kerja dan urusan Jawatankuasa Kerja MPP serta menyalaraskan setiap ahli jawatankuasa sentiasa berkerjasama dan bersatu padu dalam menjalankan aktiviti bersama.
Menjadi pegawai perhubungan yang rasmi dengan pihak pengurusan sekolah.
NAIB PRESIDEN
Bertanggungjawab membantu tugas-tugas Presiden serta memantau aktiviti yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa yang lain.
Mewakili Presiden dan memikul tanggungjawab Presiden semasa ketiadaannya.
SETIAUSAHA KEHORMAT
Merupakan individu yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam perlaksanaan pentadbiran di Bilik Gerakan MPP dan bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden dan Naib Presiden.
Bertindak untuk melaporkan segala aktiviti yang dijalankan berkaitan dengan pentadbiran Bilik Gerakan MPP.
Menyediakan semua laporan dan penyata berkenaan tugasan dan kemajuan MPP untuk dibentangkan kepada mana-mana bahagian apabila diperlukan.
Bertanggungjawab terhadap semua urusan mesyuarat MPP termasuk menyediakan bilik mesyuarat, penyediaan dokumen dalam mesyuarat, informasi mesyuarat dan lain-lain.
BENDAHARI AGUNG
Bertanggungjawab atas semua urusan kewangan MPP.
Menyediakan anggaran belanjawan yang diperlukanuntuk sesuatu program kepada jawatankuasa MPP.
Bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan MPP untuk diperiksa oleh penasihat MPP.
EXCO AKADEMIK
· Bertanggungjawab bagi memantau aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan para pelajar.
· Menganjurkan aktiviti-akitivi menarik bagi meningkatkan pencapaian akedimik pelajar.
EXCO KEBAJIKAN
· Memantau aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan pelajar.
· Menjalankan tugas berkaitan dengan masalah kebajikan pelajar.
· Bertanggungjawab untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti berkaitan tanggungjawab sosial, kebajikan dan keselematan pelajar. Aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah lawatan ke rumah orang tua, anak yatim, gotong-royong dan menjadi sukarelawan dalam, membantu mangsa-mangsa bencana alam.
EXCO KOMUNIKASI
· Bertanggungjawab untuk memberi informasi-informasi terkini yang dijalankan oleh MPP.
· Membina blog MPP yang memaparkan aktiviti-aktiviti sekolah dan MPP untuk tatapan dan santapan minda pelajar.
EXCO PERHUBUNGAN LUAR
· Bertanggungjawab bagi memantau aktiviti yang berkaitan dengan pihak luar atau media massa dalam isu-isu yang berkaitan dengan MPP SMK Matunggong.
· Menjadi pengantara MPP dengan pihak luar dalam memperkenalkan MPP mahupun aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh MPP.
EXCO ALAM SEKITAR
· Bertanggungjawab bagi menyampaikan maklumat berkaitan dengan kempen-kempen alam sekitar.
· Membantu guru melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan kebersihan dan keindahan alam sekitar sekolah.