MAJLIS PERPISAHAN PN. ROKIAH ONJINKUN
Pada 18 Januari 2011 telah diadakan Majlis Perpisahan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Matunggong. Majlis ini dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Pelajar SMK Matunggong. Pn. Rokiah telah berkhidmat di sekolah ini sejak 2005 lagi. Beliau telah dinaikkan pangkat ke DG 48 sebagai Guru Akademik Tingkatan 6 SMK Pinawantai. Pelajar sekolah ini telah bermurah hati menghadiahkan sebuah loket emas. Presiden dan Naib Presiden mewakili para pelajar, telah menyerahkan hadih tersebut kepada Pn. Rokiah.
Lawatan ke Singapore (2-8 Jun 2012)
|
Pada tahun 2012 ini, pelajar MPP akan membuat lawatan ke Singapore. Selain itu, mereka akan melawat ke Universal Studio Singapore
|
Aktiviti mengumpul dana
Pada 20.04.2011iaitu semasa Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kali ke-4, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan gerai MPP buat kali pertama. Gerai MPP ini telah diadakan di kawasan meletak kereta untuk guru SMK Matunggong. Jualan ini telah berjalan dengan lancar.